Resipi Roti Canai Goreng

Bahan-bahan
(A)
500ml air suam
1 biji kuning telur A
1/2 tin susu manis (tin tinggi) 
2-3 sdm mentega/marjerin
Garam secukup rasa

(B)
1 kg tepung gandum (Green label)

Cara
1) Satukan bahan (A) dan rasakan lemak manis dan garam secukupnya.
2) Tuang ke dalam bahan (B) dan uli hingga doh lembut. (Sue guna bread maker untuk mudah) Rehatkan doh selama 30 minit. Bila dan siap tumbuk buang angin dan uli lagi sekejap.
3) Bolehlah di bahagi ikut saiz yang disuka. Biasa 1 kg tepung dapat 20-23 biji dan terpulang pada saiz yang disuka.
4) Sapu marjerin dalam kontena dan bolehlah di bulat-bulatkan doh tadi.
5) Bila dan siap semuanya, sapu lagi marjerin pada keseluran doh, pastikan semuanya menutupi dan bolehlah disejukan.
6) Keluarkan doh biar lembut terlebih dahulu sebelum digunakan.
7) Untuk yang tak pandai menebar, Sediakan talam besar dan sapu minyak. Ambil sebiji doh dah tekan-tekankan dengan jari supaya nipis. Pastikan jangan terlalu kering nanti susah untuk di tarik.
8) Letakkan lagi sedikit minyak atas doh dan tarik-tarikan hingga ke hujung permukaan talam.  Tarik perlahan-lahan supaya tidak koyak. Kalau doh betul-betul lembut ianya mudah dan tidak koyak bila ditarik.

Doh disapu mentega

9) Kemudiankan canaikan doh sebelum digoreng. Selepas siap dicanai, sedia digoreng!

Doh yang dicanai dan terus digoreng



No comments:

Post a Comment